Labels

Saturday, April 2, 2011

Program "Terokai Minda"


TEROKAI MINDA

Kelab Orator Unit Bahasa Melayu, UniSZA telah menganjurkan program Terokai Minda khusus untuk semua ahli Kelab Orator unit Bahasa Melayu pada tarikh 25 Februari 2011. Saudari Asnizan Muksin selaku Pengarah Program serta ahli jawatankuasa yang lain telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya seperti yang telah dirancang. Bagi membina keyakinan diri sekaligus membina diri pelajar universiti disamping menjadi seorang pendebat, pihak ahli jawatankuasa pelaksana telah menjemput En. Syamsul Amri bin Haji Ismail bagi memberikan suntikan motivasi kepada ahli kelab.      

Saudara Adib Aiman khusyuk memberi celahan 

 En. Syamsul Amri adalah seorang Pendebat Universiti yang suatu tika dahulunya merupakan seorang pendebat yang telah banyak memperoleh kemenangan dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang debat ini. Selain itu, En. Syamsul Amri juga merupakan salah seorang daripada hakim MADUM (Majlis Debat Universiti Malaysia). Pada waktu petang pula, telah diadakan satu mock untuk pasukan integriti yang akan pergi bertanding berlawan dengan pasukan pencabar UniSZA serta diadili oleh En. Syamsul Amri. Beberapa teguran dan komen telah diberikan oleh beliau ekoran daripada beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh pendebat. 

Saudari Nurul Ain tegas membidas kes pihak lawan

Manakala pada waktu malam pula, pihak jawatankuasa telah menjemput Ustaz Mizan bin Mohd Nor memberi ceramah dan motivasi dalaman kepada semua ahli yang beragama Islam. Program itu telah berjalan selama 3 jam, dan diakhiri dengan jayanya. Keseluruhan program ini telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan ahli kelab sendiri, sekaligus memberikan sokongan kepada Kelab Debat UniSZA agar kelab ini sentiasa hidup, segar di dalam UniSZA. Tahniah diucapkan kepada Pengarah Program Terokai Minda, Saudari Asnizan bt Muksin ekoran daripada kejayaan yang telah dilakukan. Majulah ORATOR untuk memartabatkan UniSZA.



Pertikaian demi pertikaian berlaku untuk mempertahankan
kes masing-masing

Para peserta mendengar dengan teliti

Cenderahati diberikan oleh Ketua Unit Bahasa Melayu Saudari 
Rogayah bt. Ghozi

Cenderahati dari pengarah program
Asnizan bt Muksin

Sesi fotografi para peserta bersama En. Syamsul Amri

0 comments:

Post a Comment