Labels

Sunday, July 7, 2013

Junior Diploma sesi 2013/14


Selamat Datang ke KOUBM.


Daripada 60 yang berdaftar 39 ahli baru yang hadir semalam untuk taklimat pertama Kelab Orator Unit Bahasa Melayu, UniSZA. Tahniah dan terima kasih diucapkan atas kesudian anda bersama sebahagian daripada kami. Selamat datang ke Famili KOUBM.

Semoga cemerlang dalam arena debat dan pidato, serta meneruskan deligasi perjuangan senior-senior KOUBM. 










Debat Perpaduan 2013, UMS.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Debat Perpaduan 2013 UniSZA. Deligasi UniSZA telah berjaya membawa nama UniSZA ke peringkat Separuh Akhir Debat Perpaduan 2013. Walaupun kecundang di peringkat Separuh Akhir, beberapa kejayaan telah diperolehi.

Saudara Adib Aiman telah merangkul kedudukan pertama dalam ranking pendebat terbaik keseluruhan liga, dan saudari Siti Nor Hayatun berada di kedudukan kedua berkongsi tempat dengan seorang pendebat Universiti Malaya. Kedua-dua pendebat UniSZA bejaya membawa pulang hadiah bernilai RM500.00 serta piala iringan.


Manakala, pasukan Debat Perpaduan UniSZA merangkul pasukan kedudukan kedua terbaik di pusingan liga. Layak ke separuh akhir dengan membawa pulang RM2000.00.
Tahniah diucapkan.!!! Terima kasih kepada yang memberi sokongan.


Sebagai makluman, pertandingan akhir Debat Perpaduan 2013 menemukan Universiti Kebangsaan Malaysia (Johan) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (Naib Johan). Dengan usul "PRU 13 Cerminan Perpaduan Di Malaysia" ditolak dan diberikan kepada pembangkang (UKM).


Berikut merupakan siri perlawanan UniSZA di peringkat pusingan liga, suku akhir dan separuh akhir.


PUSINGAN 1.
PERLAWANAN ANTARA UPNM (KERAJAAN) DAN UNISZA (PEMBANGKANG)
USUL: TRANSFORMASI KESEJAHTERAAN SOSIAL PERLU MENJADI AGENDA DI UNIVERSITI
KEPUTUSAN: USUL DITOLAK. MARGIN 5.66. JURI 3-0.
PENDEBAT TERBAIK: WAN ZAINUDDIN BIN ALI ASPAR

PUSINGAN 2.
PERLAWANAN ANTARA UNISZA (KERAJAAN) DAN UNIVERSITI TAYLOR (PEMBANGKANG)
USUL: KEMPEN PERPADUAN HANYA SEKADAR PAPARAN
KEPUTUSAN: USUL DITERIMA. MARGIN 4.66. JURI 3-0.
PENDEBAT TERBAIK: SITI NOR HAYATUN ALI

PUSINGAN 3.
PERLAWANAN ANTARA UIAM (KERAJAAN) DAN UNISZA (PEMBANGKANG)
USUL: PERPADUAN DI MALAYSIA SEMAKIN AMPUH
KEPUTUSAN: USUL DITERIMA. MARGIN 1.5. JURI 2-1.
PENDEBAT TERBAIK: MUIZ MUSTAFFA

PUSINGAN 4.
PERLAWANAN ANTARA UNISZA (KERAJAAN) DAN UMS (PEMBANGKANG)
USUL: KAHWIN CAMPUR MENGERATKAN INTEGRASI NASIONAL
KEPUTUSAN: USUL DITERIMA. MARGIN 3. JURI 2-1.
PENDEBAT TERBAIK: ADIB AIMAN BADRUL SAHAR

PUSINGAN 5.
PERLAWANAN ANTARA UTP (KERAJAAN) DAN UNISZA (PEMBANGKANG)
USUL: 1 MALAYSIA MENGUNTUNGKAN RAKYAT
KEPUTUSAN: USUL DITOLAK. MARGIN 2.5. JURI 2-1.
PENDEBAT TERBAIK: ADIB AIMAN BADRUL SAHAR

PUSINGAN 6.
PERLAWANAN ANTARA UNISZA (KERAJAAN) DAN UNITEN (PEMBANGKANG)
USUL: DEMONSTRASI LAMBANG DEMOKRASI
KEPUTUSAN: USUL DITERIMA. MARGIN 6. JURI 3-0.
PENDEBAT TERBAIK: ADIB AIMAN BADRUL SAHAR

PUSINGAN SUKU AKHIR.
PERLAWANAN ANTARA MMU (KERAJAAN) DAN UNISZA (PEMBANGKANG)
USUL: SUKAN WAHANA PERPADUAN
KEPUTUSAN: USUL DITOLAK. MARGIN 3. JURI 5-0.
PENDEBAT TERBAIK: ADIB AIMAN BADRUL SAHAR

PUSINGAN SEPARUH AKHIR.
PERLAWANAN ANTARA UNISZA (KERAJAAN) DAN UKM (PEMBANGKANG)
USUL: JURANG EKONOMI ADALAH JURANG PERPADUAN
KEPUTUSAN: USUL DITOLAK. MARGIN 2.5. JURI 4-1.
PENDEBAT TERBAIK: NAJAH IZZATI.









Sunday, June 23, 2013

Latihan Intensif Debat Perpaduan 2013



KOUBM sedang melaksanakan Program Latihan Intensif bagi Pendebat yang akan mewakil UniSZA dalam pertandingan Debat Perpaduan Antara Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. 

Program ini akan dikendalikan bersama jurulatih debat KOUBM ialah En. Syahmi Mohktar dan alumni KOUBM En. Ahmad Burhan Sidqi Abd. Rahim.


Program Latihan Intensif Debat Perpaduan akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 20 - 27 Jun.
Masa: 7.00 Pagi - 1.00 Pagi
Tempat: Blok Akademik G.

Debat Perpaduan pula akan berlangsung pada 28 Jun - 2 Julai 2013 berlangsung di Universiti Malaysia Sabah.

Pendebat UniSZA yang terlibat dalam Latihan Intensif ialah:

1. Adib Aiman Badrul Sahar.
2. Wan Zainuddin Ali Aspar
3. Mohd. Nadzely Karim.
4. Siti Nor Hayatun Ali.

Pasukan Debat Perpaduan UniSZA akan bertolak pada jam 8.00 Pagi, 28 Jun 2013.

KOUBM mengucapkan, Selamat Berlatih dan Selamat Berjaya buat kalian. 
Semoga membawa kemengan mengharumkan nama UniSZA. 

Semua ahli dijemput turun sama berlatih dan memberi bantuan dan sokongan.!!!








PENGAMBILAN AHLI BARU KOUBM



KELAB ORATOR UNIT BAHASA MELAYU, UNISZA

AKAN MEMBUKA KAUNTER PENGAMBILAN AHLI BARU

KHUSUS KEPADA MAHASISWA/I DIPLOMA SESI 2013/2014

DALAM PROGRAM 'JOIN THE CLUB' OLEH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNISZA.

IKLAN PENGAMBILAN AHLI BARU SUDAH MULA DISEBARKAN.

AYUH SERTAI KAMI...!!!




Sunday, May 19, 2013

Wakil Debat Saham dan Debat Terbuka Penang.



Selamat Berjaya buat wakil KOUBM yang membawa nama UniSZA dalam dua pertandingan debat sepanjang bulan Mei ini. 

Pertandingan Debat Saham berlangsung di Johor sepanjang 16-20 Mei 2013. Wakil yang membawa harapan UniSZA dan KOUBM ialah Saudari Nur Hapsyah Nurdin pelajar ISM Kewangan Islam.

Manakala, pertandingan Debat Terbuka Penang akan dilaksanakan di UiTM Penang sepanjang 20-24 Mei 2013. Pendebat yang mewakili UniSZA antaranya Saudara Mohd. Nadzely Karim, Saudari Siti Norhayatun Ali, Asnizan Mukhsin dan Nurhazwani Hasimun. Debat Terbuka Penang ini menggunakan Debat Ala Parlimen British. 

KOUBM mendoakan dan mengucapkan Selamat Berjaya kepada wakil-wakil debat UniSZA ini.




Keputusan Debat Piala Naib Canselor UniSZA kali ke 5.



Alhamdulillah, Debat Piala Naib Canselor UniSZA kali ke 5 telah melabuhkan tirainya. KOUBM mengucapkan terima kasih atas sokongan padu oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak. 


Tahniah diucapkan kepada penganjur MPP UniSZA dan Kelab Orator atas penganjuran DPNC kali ini. Tahniah juga diucapkan kepada pendebat yang telah menimba banyak pengalaman. 



KOUBM memohon kemaafan atas salah silap sepanjang berkerjasama dalam mengendali dan menganjurkan pertandingan DPNC kali ini. Teruskan usaha.!


Terima kasih.

Berikut merupakan beberapa keputusan sepanjang DPNC UniSZA kali ke 5.












Friday, May 17, 2013

Selamat Hari Guru!



Alhamdulillah, KOUBM tidak ketinggalan membuat sambutan Hari Guru bagi meraikan guru-guru debat yang pernah mencurahkan tenaga dan usaha buat ahli KOUBM.

Khususnya buat Sifu Syahmi dan Sifu Bob. :)

KOUBM juga mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh guru-guru di Malaysia.

Terima kasih kerana didikan yang telah diberikan, mendidik, mengajar dan membimbing tanpa jemu dan sentiasa bersungguh-sungguh.

Semoga Tuhan membalas jasamu. Terima kasih tidak terhingga.











Monday, May 13, 2013

Baju DPNC kali ke 5



2 contoh baju untuk ahli Kelab Orator sempena pertandingan Debat Piala Naib Canselor UniSZA kali ke 5.





DEBAT PIALA NAIB CANSELOR KALI KE 5



Majlis Perwakilan Pelajar dan Kelab Orator UniSZA akan mengadakan Pertandingan Debat Piala Naib Canselor UniSZA kali ke 5.

Pertandingan ini dilaksanakan dalam 3 kategori bahasa, Melayu, Inggeris dan Arab.

Bagi pertandingan akhir Debat Bahasa Melayu, ia akan dilangsungkan pada 18 Mei 2013 di Dewan Gimnasium, UniSZA.

Maklumat pertandingan adalah seperti di bawah (Gambar). Sebarang pertanyaan dan masalah boleh merujuk kepada ketua unit kelab orator masing-masing. Terima kasih.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda semua. Ayuh bersama kami.



Jamuan Kasih Orator



Jamuan ini diadakan sempena kejayaan melaksanakan Kem Pemantapan Orator. Selain membuat post mortem, KOUBM meraihkan ahli-ahli baru kelab.

Selamat datang dan selamat berjaya.








Riadah KOUBM



Antara latihan fizikal yang dilaksanakan oleh KOUBM, UniSZA ialah melakukan riadah, sekali setiap dua minggu. 

Antara tempat yang menjadi vanue riadah ahli KOUBM ialah sekitar Kampus Gong Badak, UniSZA, Pantai Tok Jembal dan Bukit Panorama di bandar Kuala Terengganu. 

Selain mengukuhkan fizikal, aktiviti ini merapatkan hubungan ahli.










Aktiviti Kebajikan Orator



Aktiviti Kebajikan KOUBM. 


Selain berdebat, KOUBM juga melatih ahlinya mendidik nilai hubungan antara manusia. 

Baru-baru ini, KOUBM telah melaksanakan satu aktiviti kebajikan di sebuah rumah Warga emas yang kehilangan keupayaan melihat dan seorang anak yatim yang ditempatkan di rumah anak yatim Seberang Takir.

Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan demi mendidik hati dan melatih hubungan kemanusiaan para ahli KOUBM.