Labels

Friday, May 18, 2012

TAK KENAL MAKA TA'ARUF


Assalamu'alaikum w.b.t

Apa khabar oratorian...diharap sentiasa dalam keadaan sihat dan hebat hendakanya...agak lama juga tidak mencoret apa-apa maklumat dan juga informasi terbaru tentang Kelab Orator Unit Bahasa Melayu...mungkin disebabkan oleh perubahan tampuk pimpinan sedia ada, dalam erti kata lain Majlis Tertinggi dan Exco-exco baru telah dilantik...sudah pasti ada di antara kalian iaitu ahli kelab sendiri tidak mengenali siapakah yang memegang jawatan Ketua Unit Kelab Orator Unit Bahasa Melayu sekarang...dikesempatan ini bolehlah pembaca sekalian mengetahui mereka-mereka yang bertanggungjawab dalam mengurus hal-hal yang berkaitan pengurusan Kelab Orator Unit Bahasa Melayu bagi sesi 2012/2013...






Pada kesempatan ini juga kami bagi pihak pengurusan yang baru ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menentukan mereka yang menyambung perjuangan kepimpinan terdahulu.  Tanggungjawab, amanah dan kepercayaan yang diberi akan sedaya upaya dilaksanakan dengan sebaik mungkin...tunjuk ajar dan nasihat yang berhikmah  dari senior-senior amat dialu-alukan bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan Kelab Orator sendiri...

"PENGURUSAN KELAB ORATOR UNIT BAHASA MELAYU UNISZA SESI 2012/2013, BUKTIKAN ANDA MAMPU BUAT YANG TERBAIK"

Sunday, March 4, 2012

Selamat Kembali dan Semoga Berjaya


Assalamualaikum semua,

Dalam entry ini ada dua perkara yang ingin saya ucapkan buat oratorians semua. Yang pertama adalah ucapan selamat kembali ke bumi Universiti Sultan Zainal Abidin buat pelajar Ijazah dan kedua adalah ucapan semoga berjaya buat pelajar Diploma dalam menduduki peperiksaan akhir semester yang bakal tiba nanti.

Selaku Ketua Unit Kelab Orator Bahasa Melayu, saya harapkan semoga anda semua Oratorians berjaya dalam setiap apa yang anda lakukan asalkan ianya tidak melanggar syariat dan batasan dalam agama kita.

Sekadar ini sahaja yang ingin saya coretkan di sini. Akhir kalam, kepada pelajar diploma. Semoga berjaya dalam peperiksaan anda! Lakukan yang terbaik. Kami di sini sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. 

-SEKIAN-

-Ketua Unit KOUBM-