Labels

Thursday, December 23, 2010

ROYAL DEBATE 2010

Gambaran sepanjang Pertandingan Debat Diraja 2010 yang telah diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 17-22 Disember 2010...

UniSZA Senior:
2 kali menang pada pusingan 4 & 5
Best Debater:
1)Mohd Nadzely bin Abd Karim
2)Rogayah bt Ghozi

UniSZA Junior:
2 kali menang pada pusingan 1 & 3
Best Debater:
1)Mohd Naim bin Amin
2)Nurfatin Syahira bt Zolkafli

Tahniah diucapkan kepada semua pendebat UniSZA yang telah berjuang,bertarung,untuk mempertahankan kedudukan UniSZA..
"Debate is process of learning,& debate is sacrifice"

Hari pertama pertandingan..Team senior & Junior.~
Dayat,Naim,Din,Nadzely,Yaya,Jang,Fatin
bergambar di UTHM 

Team Senior yang tetap berdiri dengan pendirian mereka..


Team Junior yang sentiasa tersenyum walaupun ditimpa kekalahan..:)

Sunday, November 21, 2010

Kemaskini Blog..

Harap maaf, kerja-kerja kemaskini blog masih dijalankan oleh pihak berkenaan, segala kesulitan amatlah dikesali.

Wednesday, November 10, 2010

BBQ Aidiladha

Perhatian kepada semua Oratorian UniSZA

Kelab Orator telah berbesar hati untuk mengadakan 
sedikit jamuan@BBQ kepada Oratorian yang tidak pulang bercuti
sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Oleh itu,kepada sesiapa yang berminat,
bolehlah menghantar nama kalian di:
~Facebook--> Kelab Orator/Absar Burhan
dan kalian dikehendaki untuk membawa RM 2 pada masa tersebut.

BBQ Aidiladha ini akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 17 November 2010
Masa : 3.00 petang
Tempat : Blok G 

"Sama-sama kita meraikan hari yang mulia ini dengan keluarga Orator"

Sunday, November 7, 2010

Terima Kasih...

Bukan Mudah kau meredah,
Bukan Sedikit kau merubah,
Bukan Pujian yang kau damba,
Bukan  Habuan yang kau pinta,

Tugas diberi digalas tanpa kata,
Biar sakit kau pendam jua,
Terasa berat namun tetap diam tanpa bicara,
dalam dirinya hanya satu,
ORATOR menjadi nada dan nadi.

Ditengah kemelut perjuangan,
dayung mu patah,
hanyut di bawa ombak,
namun terus kau mengayuh,
mengayuh tanpa dayung yang hanyut,
terus mengayuh walau kau tahu,
Sampan mu ada bocornya,

namun,semua itu bukan lawan mu,
kau tepiskan segala,
walau badan yang jadi taruhan,
walau tenaga sudah kehabisan,
apa jua kau rela pertaruhkan,
demi ORATOR yang  kau sayang.

Buat ketua yang sentiasa disanjung,
Budi mu takkan pernah dilupakan,
Kami tahu banyak yang kau korbankan,
Tak perlu kata untuk menterjemahkan.

Pelapis ORATOR terus kau lahirkan,
Pendebat muda terus kau tampilkan,
Budi mu akan sentiasa dikenang,
Moga kau akan terus berjuang.

Akhir kalam,
buat Hanas b. Shafie,
Hanya Tuhan Yang dapat membalas Jasamu,
Kami ,Keluarga mu,keluarga ORATOR,
akan sentiasa bersama mu,
hingga akhir...


Friday, November 5, 2010

Hanya Di Mercu

Mimpi dan harapan cecita yang tinggi…menjulang…
Tak pernah terluahkan hanyalah di hati tersimpan,…terpendam,
keterbatasan diriku menjadi penghalangan,
sampai bila Aku bertanya sampai bila,Ku harus mencuba,
Bila lagi desak hatiku , bila lagi ,
Aku harus berani .
Laluku bangkit ,tegak berdiri,
mengatur langkahku,terus mendaki,
cita citaku ….
Di Mercu.
Mimpi dan harapan bagaikan duri yang mencengkam…Ooooo,
Segannya kubiar Cecita dihati,
tersimpan,terpendam…
keterbatasan tak wajar menjadi penghalang…
sampai bila Aku bertanya ,sampai bila….
KU harus mencuba,
Bila lagi desak hatiku bila lagi,
Aku harus berani…
Laluku bangkit tegak berdiri,
mengatur langkahku terus mendaki,
cita citaku,
Di Mercu…
Aku mencari kekuatan, dalam kelemahan…
Aku temui kejayaan dalam keberanian.

Ini adalah antara lirik lagu kelab Orator yang perlu dihayati bersama oleh Oratorians yang dinyanyikan oleh penyanyi asalnya AYU, OIAM. Dalami dan fahami maksud yang tersurat serta tersirat di sebalik lirik ini. Bukan sekadar menyanyikannya,tapi jadikan ia sebagai kata kata azimat buat kita yang cintakan kepada sebuah perubahan yang akhirnya menitip ke arah sebuah kejayaan. Carilah kekuatan dalam kelemahan dan InsyaAllah, kalian akan temui kejayaan dalam keberanian . Ayuh ORATORIANS...Jumpa Di Puncak Kejayaan!


Wednesday, November 3, 2010

Sekitar Pertandingan Debat Piala Presiden Orator Kali 1 - 2010.

 Izad, Naim dan Jang .
 Zaimah, Zulaiha dan Syafiq.
 Farhana, Hamzi dan kumpulannya.
 Latefah, Cahaya dan Wanna.
 Team Ustzah Ustazah..Ain, Afiqah, Aisyah dan Fatin.
 Wanna beraksi..
Din membidas...
 Hamzi dengan cukup emosional...
 Inilah wajah wajah Finalis...
Panel pembangkang..
Inilah Medan Akhir...

Tahniah buat semua pendebat. Anda dipilih dan memilih untuk menjadi hebat.

Tuesday, November 2, 2010

DEBAT PIALA PRESIDEN ORATOR KALI 1 - 2010

Buat julung kali nya, Pertandingan Debat Piala Presiden Orator diwujudkan dengan matlamat untuk mengasah bakat bakat baru dalam arena perdebatan. Melalui pertandingan sebegini, para pendebat muda dapat membiasakan diri dengan suasana pertandingan dan perdebatan. Keberanian, keyakinan dan kemahiran kerja berpasukan dapat dipelajari. Di akhir pertandingan ini, ramai pendebat muda yang berbakat yang dilihat mampu diletakkan sebagai pelapis pendebat lama bagi meneruskan perjuangan debat di UNISZA dapat dikesan. Kami di ORATOR berharap agar kita mampu mengadakan pertandingan sebegini lebih kerap dan lebih banyak kerana melalui pertandingan sebeginilah, ia seumpama platform dalam melahirkan generasi pelapis pendebat yang baru. Moga ORATOR UNISZA terus segar dan mekar untuk ke puncak.

Piala Presiden Orator.


Sunday, October 31, 2010

Gambar Debat Piala Naib Canselor Kali ke 3,2010


hakim-hakim dari UMT


serius dalam perdebatan


seawal pagi sebelum mula bersidang


dua kumpulan ini berjaya sehingga ke pusingan separuh akhir




Kumpulan dari FKI C mara sehingga ke final


Juara Debat Piala Naib Canselor Kali ke 3..FUHA A


Kumpulan yang masih bersemangat