Labels

Thursday, April 21, 2011

~ JALINAN UKHWAH ORATOR ~




Pada 14 & 15 April 2011, Kelab Orator Unit Bahasa Melayu telah mengadakan Hari Keluarga Orator 'Jalinan Ukhwah' bertempat di Kem Merang, Setiu, Terengganu. Seramai 32 orang ahli kelab telah menyertai program tersebut dibawah anjuran Exco Penyelidikan & Pembangunan, Saudara mohd Zainuddin bin Mamat dan Saudari Latifah Rabbaaniah bt Jamaludin. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah diantara Oratorians rentetan dari perubahan jadual perkuliahan yang mengasingkan diantara pelajar pelajar diploma dan ijazah. Selain itu, ia juga untuk meraikan pendebat-pendebat yang bakal keluar tidak lama lagi.








Pengangkutan peserta dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama pada jam 5.30 pm, manakala sesi kedua pada jam 10.15 pm ekoran daripada beberapa peserta yang menghadapi kekangan untuk bergerak pada sesi pertama. Aktiviti BBQ telah diadakan pada jam 10.45 pm, sejurus kehadiran semua peserta di Kem Merang. Selepas aktiviti BBQ, satu unggun api telah dihidupkan dan semua peserta dikehendaki duduk mengelilingi unggun api tersebut bagi menjayakan aktiviti 'Mari Berkongsi'. Jam 1.15 am, semua peserta dikehendaki tidur.

7.30 am, aktiviti dimulakan semula dengan pembahagian kumpulan mengikut kategori haiwan. Selepas menikmati sarapan pagi yang disediakan, peserta akan turun kedalam air, dan menyeberangi tasik sehingga ke pulau seberang. Selepas itu, beberapa aktiviti dijalankan di Dewan Terbuka bagi merapatkan lagi silaturrahim sesama Oratorians.






Majlis Penutupan program dijalankan pada jam 3.00 pm sekaligus menyampaikan beberapa cenderahati kepada pendebat tahun akhir yang akan melangkah keluar dari universiti. Semua peserta Program Jalinan Ukhwah juga mendapat hadiah dan cenderahati di atas penglibatan mereka. Tahniah diucapkan kepada semua kerana telah memberikan kerjasama yang cukup baik. Terima kasih.

Selamat berjuang & terima kasih atas sokongan diucapkan kepada :


Ahmad Burhan Sidqi
Muhd Hanas
Hidayat Daruratman
Irma Shukri
Nurul Aszikin

0 comments:

Post a Comment