Labels

Thursday, April 21, 2011

~ JALINAN UKHWAH ORATOR ~




Pada 14 & 15 April 2011, Kelab Orator Unit Bahasa Melayu telah mengadakan Hari Keluarga Orator 'Jalinan Ukhwah' bertempat di Kem Merang, Setiu, Terengganu. Seramai 32 orang ahli kelab telah menyertai program tersebut dibawah anjuran Exco Penyelidikan & Pembangunan, Saudara mohd Zainuddin bin Mamat dan Saudari Latifah Rabbaaniah bt Jamaludin. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah diantara Oratorians rentetan dari perubahan jadual perkuliahan yang mengasingkan diantara pelajar pelajar diploma dan ijazah. Selain itu, ia juga untuk meraikan pendebat-pendebat yang bakal keluar tidak lama lagi.








Pengangkutan peserta dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama pada jam 5.30 pm, manakala sesi kedua pada jam 10.15 pm ekoran daripada beberapa peserta yang menghadapi kekangan untuk bergerak pada sesi pertama. Aktiviti BBQ telah diadakan pada jam 10.45 pm, sejurus kehadiran semua peserta di Kem Merang. Selepas aktiviti BBQ, satu unggun api telah dihidupkan dan semua peserta dikehendaki duduk mengelilingi unggun api tersebut bagi menjayakan aktiviti 'Mari Berkongsi'. Jam 1.15 am, semua peserta dikehendaki tidur.

7.30 am, aktiviti dimulakan semula dengan pembahagian kumpulan mengikut kategori haiwan. Selepas menikmati sarapan pagi yang disediakan, peserta akan turun kedalam air, dan menyeberangi tasik sehingga ke pulau seberang. Selepas itu, beberapa aktiviti dijalankan di Dewan Terbuka bagi merapatkan lagi silaturrahim sesama Oratorians.






Majlis Penutupan program dijalankan pada jam 3.00 pm sekaligus menyampaikan beberapa cenderahati kepada pendebat tahun akhir yang akan melangkah keluar dari universiti. Semua peserta Program Jalinan Ukhwah juga mendapat hadiah dan cenderahati di atas penglibatan mereka. Tahniah diucapkan kepada semua kerana telah memberikan kerjasama yang cukup baik. Terima kasih.

Selamat berjuang & terima kasih atas sokongan diucapkan kepada :


Ahmad Burhan Sidqi
Muhd Hanas
Hidayat Daruratman
Irma Shukri
Nurul Aszikin

DEBAT INTEGRITI 2011


  • TAHNIAH KEPADA PENDEBAT UniSZA YANG TELAH BERJAYA MEMECAH REKOD MENERJAH MASUK KE GELANGGANG SUKU AKHIR
     'DEBATE INTERVARSITY'

    TAHNIAH KEPADA :
    AHMAD BURHAN SIDQI BIN ABDUL RAHIM
    ADIB AIMAN BIN BADRUL SHAHAR
    NURUL AIN BT MAT RAHIM
    ROGAYAH BT GHOZI


    PERINGKAT SARINGAN:

    Pusingan 1




    Usul: Hubungan Etnik di Malaysia Meningkatkan Keharmonian Komuniti (Diterima)
    Kerajaan: MMU
    Pembangkang: UniSZA
    Juri: 2-1
    Margin: 3.5
    Calon Pendebat Terbaik: Myer Iyemman (MMU) dan Adib Aiman (UniSZA)
    Pendebat Terbaik: Myer Iyemman (MMU)
    Kedudukan pasukan: Tempat ke-18 daripada 28 buah IPT

    Komen hakim:

    1. Perdebatan sederhana dan boleh lagi dipertingkatkan untuk pusingan seterusnya.
    2. Mesti membidas dengan fakta.
    3. Pertikaian mesti dibuktilan dalam penghujahan atau kes.
    4. Jangan berhujah dengan terlalu laju, mudah tersasul.



    Pusingan 2


    Usul: Gaji Minimum Bukan Jawapan (Diterima)
    Kerajaan: UniSZA
    Pembangkang: UPNM
    Juri: 2-1
    Margin: 4
    Pendebat Terbaik: Nurul Ain (UniSZA)
    Kedudukan pasukan: Tempat ke-15 daripada 28 buah IPT

    Komen hakim:

    1. Mesti menggunakan nama gelaran yang betul.
    2. Elakkan penggunaan istilah yang tidak sesuai, terutamanya penggunaan perkataan inggeris.
    3. Pembuktian dalam penghujahan mesti disokong dengan fakta.
    4. Banyak perkara-perkara penting yang tidak dapat dijelaskan dengan baik. Penghujahan terlalu kabur.


    Pusingan 3



    Usul: Masalah Rasuah: Iltizam Politik Didamba (Ditolak)
    Kerajan: UniSZA
    Pembangkang: UTM
    Juri: 2-1
    Margin: 4
    Pendebat terbaik: Mohd Nazrul (UTM)
    Kedudukan pasukan: Tempat ke-18 daripada 28 buah IPT

    Komen hakim:

    1. Kerajaan terlalu simplistik dalam perdebatan.
    2. Pendefinisian 'Iltizam Politik' tidak tepat.
    3. Pertikaian pembangkang bagus, tetapi tidak dubuktikan dalam penghujahan.
    4. Mutu perdebatan boleh ditingkatkan.


    Pusingan 4



    Usul: Mahasiswa Kita Giat Memplagiat (Ditolak)
    Kerajaan: UniMAP
    Pembangkang: UniSZA
    Juri: 3-0
    Margin: 2.33
    Pendebat Terbaik: Norazura Ahmad (UniMAP)
    Kedudukan pasukan: Tempat ke-14 daripada 28 buah IPT

    Komen hakim:

    1. Pendefinisian terhadap usul adalah lemah.
    2. Pembuktiaan fakta di kedua-dua pihak juga lemah.
    3. Pembangkang perlu datangkan kayu ukur yang baru jika kerajaan gagal memberikan kayu ukur yang tepat.


    Pusingan 5



    Usul: Lanjutkan Usia Persaraan Tindakan Wajar (Diterima)
    Kerajaan: UniSZA
    Pembangkang: UMP
    Juri: 2-1
    Margin: 2
    Calon Pendebat Terbaik: Burhan Sidqi (UniSZA) dan Adib Aiman (UniSZA)
    Pendebat Terbaik: Adib Aiman (UniSZA)
    Kedudukan pasukan: Tempat ke-11 daripada 28 buah IPT

    Komen hakim:

    1. Perdebatan yang sengit.
    2. Mutu perdebatan bagus.
    3. Kedua-dua pasukan beri cabaran.
    3. Faktor-faktor kecil seperti teknikal menentukan kemenangan jika perdebatan sengit.
    4. Nilai bujukan dan sentimen perlu dimainkan dengan baik dan ditingkatkan.
    5. Jangan berhujah dengan terlalu laju.


    Pusingan 6



    Usul: Isu Halal di Malaysia Tiada Penghujungnya.
    Kerajaan: UTeM
    Pembangkang: UniSZA
    Juri: 3-0
    Margin: 2.33
    Pendebat Terbaik: Ahmad Burhan Sidqi (UniSZA)
    Kedudukan Pasukan: Tempat ke-7 daripada 28 buah IPT


    KEPUTUSAN KESELURUHAN PERINGKAT SARINGAN:

    Kedudukan Pasukan:
    • 1. USIM
    • 2. MMU
    • 3. UIAM
    • 4. UM
    • 5. UPM
    • 6. UMS
    • 7. UniSZA (Menang 4, Juri 12, Margin 4.17 dan Markah 5884)
    • 8. UTP


    • Keputusan Peringkat Suku Akhir:


      Usul: Birokrasi Punca Rasuah Berleluasa (Diterima)
      Kerajaan: MMU
      Pembangkang: UniSZA
      Juri: 2-3
      Margin: 2.67
      Pendebat Terbaik: Myer Iyemman (MMU)


      Keputusan Peringkat Akhir:



      Usul: Integriti Politik: Penentu PRU Ke-13 (Ditolak)
      Kerajaan: USIM
      Pembangkang: MMU
      Juri: 2-5

      **SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA MEREKA DARI PENGURUSAN KELAB ORATOR. MOGA KEJAYAAN INI PENCETUS REVOLUSI AKAN DATANG.

Saturday, April 9, 2011

Dua Penyebab Utama Konflik Palestina – Israel Tak Pernah Berakhir

Konflik Palestina – Israel yang berlangsung sejak tahun 1948 hingga kini seperti tidak akan pernah berakhir. Penyerangan-penyerangan di antara kedua belah pihak selalu akan terjadi. Pihak Israel beralasan mempertahankan diri dari serangan pejuang Palestina dan tentara Hamas, sedang pihak Palestina mengadakan perlawanan kerana merasa wilayahnya semakin menyempit direbut rejim zionis dengan pendudukan bersenjata mahupun mendirikan penempatan-penempatan yahudi dengan cara merampas tanah rakyat Palestina.

Masyarakat dunia khususnya negara-negara Arab yang memihak kepada bangsa Palestina dan berperang dengan Israel untuk membela hak-hak bangsa Palestina yang dijajah, akhirnya lebih banyak berdiam diri. Terutama sejak berdirinya negara Palestina secara rasmi pada tanggal 15 November 1988, pegangan negara Arab semakin lemah terhadap perjuangan bangsa Palestina menghadapi rejim zionis yang diperintah mutlak oleh Amerika Syarikat (AS). Seperti mana negara-negara Arab melihat Palestina bukan lagi sebagai bangsa yang lemah yang harus diperintah sepenuhnya oleh sesama bangsa Arab, tapi sudah sebagai negara yang berdaulat dan mempunyai kekuatan sendiri. Atau kerana ada kepentingan politik dan ekonomi sehingga rasa persaudaraan, keakraban dan keislaman di antara bangsa-bangsa arab meluntur.

Kebingungan kaum Muslimin dan masyarakat dunia akan nasib rakyat Palestina selanjutnya dan bila konflik mereka dengan pemerintah Israel akan berakhir adalah pertanyaan-pertanyaan dengan jawapan memilukan. Kalau dilihat dari sepak terajang rezim zionis, maka jawapannya adalah sampai seluruh tanah Palestina habis dikuasai oleh mereka dan sebagian bangsa Palestina yang tersisa ingin menjadi rakyat jajahan, bangsa kelas dua atau bahkan menjadi budak. Sedangkan bila dilihat dari semangat perjuangan bangsa Palestina melawan rejim zionis, maka jawapannya adalah sampai titik darah penghabisan dari para pejuang mujahid mereka yang membela tanah air dan keberadaan mereka sebagai bangsa merdeka dan berdaulat di tanah sendiri.

Apabila diringkas ada dua sebab tergantungnya penyelesaian konflik antara Palestina dan Israel,  iaitu:
1.  Perbedaan yang menonjol dan prinsip berupa pengakuan akan keberadaan kedua negara dan bangsa tersebut di mata mereka sendiri khususnya, dan di mata negara-negara lain di dunia termasuk Amerika Syarikat yang sampai saat ini masih berpihak kepada pemerintah Israel.
2. Kedudukan kota Jerussalem dengan masjid Al-aqsa sebagai tempat ibadah dan bersejarah bagi kedua bangsa yang secara umum berbeza agama tersebut.

Dunia arab dan dunia Islam memandang bangsa Palestina adalah pemilik sah tanah air mereka. Sedangkan bangsa Yahudi adalah bangsa yang tidak memiliki tanah air dan menolak serta keluar dari tanah perjanjian (Holy Land) yang dijanjikan Tuhan sesuai dengan berita di kitab suci.

Kedaulatan bangsa Palestina dengan berdirinya negara Palestina merdeka yang diproklamirkan di Aljazair ternyata tidak sepenuhnya diakui oleh Israel. Israel menganggap Jerussalem dan Gaza sebagai sebahagian dari tanah perjanjian seperti yang disebutkan di dalam kitab suci mereka, yang masih dikuasai oleh bangsa Palestina. Inilah alasan kenapa bangsa Yahudi dengan semangat zionismenya lebih memilih tanah Palestina sebagai tempat untuk mereka mendirikan negara.

Amerika Syarikat sendiri masih menerapkan standard ganda dalam hal ini. Sebagai anggota dewan keamanan, PBB mengakui legasi negara Palestina, namun di sisi lain membantu Israel secara politik, militer dan ekonomi untuk menguasai Palestina.

Dunia arab dan Islam menganggap berdirinya negara Israel adalah satu bentuk dari pemaksaan atas keberadaan orang-orang Yahudi di tanah Palestina. Bagi bangsa Palestina rejim zionis, Israel dan bangsa Yahudinya adalah penjajah yang mendatangi dan ingin merebut tanah air mereka, bukan sebuah negara tetangga yang sedang bertengkar dengan mereka. Bagi para pejuang Palestina peperangan yang mereka lakukan adalah sebuah perjuangan heroic, mempertahankan keberadaan tanah air dan bangsanya, sama seperti pejuangan kita memerdekan diri dari penjajah Belanda dan Jepun.

Memang benar perang antara Palestina dan Israel bukan perang agama, tetapi tidak boleh dilepaskan dari sebab-sebab pemikiran keagamaan yang berasal dari kitab suci. Alasan utama mereka berperang adalah perebutan tanah air, termasuk juga daerah Jerussalem yang merupakan tempat suci bagi tiga agama samawi di dunia, di mana di sana berdiri masjid Al-aqsa (Alharam alqudsi ashsharif) yang dijadikan tempat ibadah umat Islam atau disebut juga sebagai Bukit Bait Allah (The Temple Mount / Har ha-Bayit) bagi umat Yahudi dan Nasrani. Dan terkenal dengan dinding raungan (The Western Wall/The Wailing wall/Ha Kotel Ha Ma’aravi) yang terletak di sebelah barat masjid Al-aqsa sebagai tempat ibadah umat Yahudi, atau disebut Al-buraq Wall oleh kaum Muslimin.

Perhatikan kegiatan pemerintah Israel yang mengadakan pembongkaran dan penggalian di bagian dinding raungan sebahagian dari masjid Al-aqsa. Perhatikan juga kata-kata Theodore Herzl (merupakan pengulangan sumpah tua dari para Talmudis) pada pembukaan Konggres Zionis Dunia di Basel, Swiss pada tahun 1897:


 Oleh : Mohd Zainudin bin Mamat

Saturday, April 2, 2011

Program "Terokai Minda"


TEROKAI MINDA

Kelab Orator Unit Bahasa Melayu, UniSZA telah menganjurkan program Terokai Minda khusus untuk semua ahli Kelab Orator unit Bahasa Melayu pada tarikh 25 Februari 2011. Saudari Asnizan Muksin selaku Pengarah Program serta ahli jawatankuasa yang lain telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya seperti yang telah dirancang. Bagi membina keyakinan diri sekaligus membina diri pelajar universiti disamping menjadi seorang pendebat, pihak ahli jawatankuasa pelaksana telah menjemput En. Syamsul Amri bin Haji Ismail bagi memberikan suntikan motivasi kepada ahli kelab.      

Saudara Adib Aiman khusyuk memberi celahan 

 En. Syamsul Amri adalah seorang Pendebat Universiti yang suatu tika dahulunya merupakan seorang pendebat yang telah banyak memperoleh kemenangan dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang debat ini. Selain itu, En. Syamsul Amri juga merupakan salah seorang daripada hakim MADUM (Majlis Debat Universiti Malaysia). Pada waktu petang pula, telah diadakan satu mock untuk pasukan integriti yang akan pergi bertanding berlawan dengan pasukan pencabar UniSZA serta diadili oleh En. Syamsul Amri. Beberapa teguran dan komen telah diberikan oleh beliau ekoran daripada beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh pendebat. 

Saudari Nurul Ain tegas membidas kes pihak lawan

Manakala pada waktu malam pula, pihak jawatankuasa telah menjemput Ustaz Mizan bin Mohd Nor memberi ceramah dan motivasi dalaman kepada semua ahli yang beragama Islam. Program itu telah berjalan selama 3 jam, dan diakhiri dengan jayanya. Keseluruhan program ini telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan ahli kelab sendiri, sekaligus memberikan sokongan kepada Kelab Debat UniSZA agar kelab ini sentiasa hidup, segar di dalam UniSZA. Tahniah diucapkan kepada Pengarah Program Terokai Minda, Saudari Asnizan bt Muksin ekoran daripada kejayaan yang telah dilakukan. Majulah ORATOR untuk memartabatkan UniSZA.



Pertikaian demi pertikaian berlaku untuk mempertahankan
kes masing-masing

Para peserta mendengar dengan teliti

Cenderahati diberikan oleh Ketua Unit Bahasa Melayu Saudari 
Rogayah bt. Ghozi

Cenderahati dari pengarah program
Asnizan bt Muksin

Sesi fotografi para peserta bersama En. Syamsul Amri