Friday, May 18, 2012
TAK KENAL MAKA TA'ARUF
Assalamu'alaikum w.b.t
Apa khabar oratorian...diharap sentiasa dalam keadaan sihat
dan hebat hendakanya...agak lama juga tidak mencoret apa-apa maklumat dan juga
informasi terbaru tentang Kelab Orator Unit Bahasa Melayu...mungkin disebabkan
oleh perubahan tampuk pimpinan sedia ada, dalam erti kata lain Majlis Tertinggi
dan Exco-exco baru telah dilantik...sudah pasti ada di antara kalian iaitu ahli
kelab sendiri tidak mengenali siapakah yang memegang jawatan Ketua Unit Kelab
Orator Unit Bahasa Melayu sekarang...dikesempatan ini bolehlah pembaca sekalian
mengetahui mereka-mereka yang bertanggungjawab dalam mengurus hal-hal yang
berkaitan pengurusan Kelab Orator Unit Bahasa Melayu bagi sesi 2012/2013...
Pada kesempatan ini juga kami bagi pihak pengurusan yang
baru ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam
menentukan mereka yang menyambung perjuangan kepimpinan terdahulu. Tanggungjawab, amanah dan kepercayaan yang
diberi akan sedaya upaya dilaksanakan dengan sebaik mungkin...tunjuk ajar dan
nasihat yang berhikmah dari
senior-senior amat dialu-alukan bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan
Kelab Orator sendiri...
"PENGURUSAN KELAB ORATOR UNIT BAHASA MELAYU UNISZA SESI
2012/2013, BUKTIKAN ANDA MAMPU BUAT YANG TERBAIK"
Labels:
artikel
Subscribe to:
Posts (Atom)