Labels

Sunday, May 19, 2013

Wakil Debat Saham dan Debat Terbuka Penang.



Selamat Berjaya buat wakil KOUBM yang membawa nama UniSZA dalam dua pertandingan debat sepanjang bulan Mei ini. 

Pertandingan Debat Saham berlangsung di Johor sepanjang 16-20 Mei 2013. Wakil yang membawa harapan UniSZA dan KOUBM ialah Saudari Nur Hapsyah Nurdin pelajar ISM Kewangan Islam.

Manakala, pertandingan Debat Terbuka Penang akan dilaksanakan di UiTM Penang sepanjang 20-24 Mei 2013. Pendebat yang mewakili UniSZA antaranya Saudara Mohd. Nadzely Karim, Saudari Siti Norhayatun Ali, Asnizan Mukhsin dan Nurhazwani Hasimun. Debat Terbuka Penang ini menggunakan Debat Ala Parlimen British. 

KOUBM mendoakan dan mengucapkan Selamat Berjaya kepada wakil-wakil debat UniSZA ini.




Keputusan Debat Piala Naib Canselor UniSZA kali ke 5.



Alhamdulillah, Debat Piala Naib Canselor UniSZA kali ke 5 telah melabuhkan tirainya. KOUBM mengucapkan terima kasih atas sokongan padu oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak. 


Tahniah diucapkan kepada penganjur MPP UniSZA dan Kelab Orator atas penganjuran DPNC kali ini. Tahniah juga diucapkan kepada pendebat yang telah menimba banyak pengalaman. 



KOUBM memohon kemaafan atas salah silap sepanjang berkerjasama dalam mengendali dan menganjurkan pertandingan DPNC kali ini. Teruskan usaha.!


Terima kasih.

Berikut merupakan beberapa keputusan sepanjang DPNC UniSZA kali ke 5.












Friday, May 17, 2013

Selamat Hari Guru!



Alhamdulillah, KOUBM tidak ketinggalan membuat sambutan Hari Guru bagi meraikan guru-guru debat yang pernah mencurahkan tenaga dan usaha buat ahli KOUBM.

Khususnya buat Sifu Syahmi dan Sifu Bob. :)

KOUBM juga mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh guru-guru di Malaysia.

Terima kasih kerana didikan yang telah diberikan, mendidik, mengajar dan membimbing tanpa jemu dan sentiasa bersungguh-sungguh.

Semoga Tuhan membalas jasamu. Terima kasih tidak terhingga.











Monday, May 13, 2013

Baju DPNC kali ke 5



2 contoh baju untuk ahli Kelab Orator sempena pertandingan Debat Piala Naib Canselor UniSZA kali ke 5.





DEBAT PIALA NAIB CANSELOR KALI KE 5



Majlis Perwakilan Pelajar dan Kelab Orator UniSZA akan mengadakan Pertandingan Debat Piala Naib Canselor UniSZA kali ke 5.

Pertandingan ini dilaksanakan dalam 3 kategori bahasa, Melayu, Inggeris dan Arab.

Bagi pertandingan akhir Debat Bahasa Melayu, ia akan dilangsungkan pada 18 Mei 2013 di Dewan Gimnasium, UniSZA.

Maklumat pertandingan adalah seperti di bawah (Gambar). Sebarang pertanyaan dan masalah boleh merujuk kepada ketua unit kelab orator masing-masing. Terima kasih.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda semua. Ayuh bersama kami.



Jamuan Kasih Orator



Jamuan ini diadakan sempena kejayaan melaksanakan Kem Pemantapan Orator. Selain membuat post mortem, KOUBM meraihkan ahli-ahli baru kelab.

Selamat datang dan selamat berjaya.








Riadah KOUBM



Antara latihan fizikal yang dilaksanakan oleh KOUBM, UniSZA ialah melakukan riadah, sekali setiap dua minggu. 

Antara tempat yang menjadi vanue riadah ahli KOUBM ialah sekitar Kampus Gong Badak, UniSZA, Pantai Tok Jembal dan Bukit Panorama di bandar Kuala Terengganu. 

Selain mengukuhkan fizikal, aktiviti ini merapatkan hubungan ahli.










Aktiviti Kebajikan Orator



Aktiviti Kebajikan KOUBM. 


Selain berdebat, KOUBM juga melatih ahlinya mendidik nilai hubungan antara manusia. 

Baru-baru ini, KOUBM telah melaksanakan satu aktiviti kebajikan di sebuah rumah Warga emas yang kehilangan keupayaan melihat dan seorang anak yatim yang ditempatkan di rumah anak yatim Seberang Takir.

Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan demi mendidik hati dan melatih hubungan kemanusiaan para ahli KOUBM.






Pengambilan Ahli Baru KOUBM





Perlawanan Persahabatan




Alhamdulillah, berikut merupakan siri perlawanan persahabatan debat yang telah dilaksanakan oleh KOUBM, UniSZA sepanjang dua bulan April dan Mei.

8 dan 12 April 2013, Di Universiti Malaysia Pahang:

UniSZA vs UMP. 

8 Mei 2013, Di UniSZA.

UniSZA vs Universiti Malaysia Terengganu.

KOUBM mendoakan agar persaingan sihat dan persahabatan ini akan terus berlangsung dengan jayanya. InsyaAllah.






Program Pemantapan Orator


Pada 25 April 2013.

KOUBM, UNISZA telah berjaya mengadakan Program Pemantapan Orator siri 1 yang berlangsung di sekitar Kampus Gong Badak UniSZA. Program menampilkan penceramah hebat dan modul-modul debat yang terkini.

Semoga program ini membantu pendebat untuk terus lebih baju.

Tahniah kepada AJK pelaksana.








UniSZA di ASTAR dan ECDC





SALAM.


Tahniah diucapkan kepada pendebat UniSZA yang telah berjuang mewakili UniSZA dalam dua pertandingan serentak, iaitu Pertandingan Debat Astar di Universiti Malaya dan Pertandingan Debat Piala Pantai Timur (ECDC) berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan.



UniSZA menghantar pendebat baru ke Debat ASTAR, manakala taruhan ECDC berjaya membawa nama UniSZA ke peringkat Separuh Akhir. Siti Nurhayatun berjaya mendapat kedudukan ke 3, pendebat keseluruhan pusingan awal. Tahniah kepada semua.


Semoga terus maju jaya.