Labels

Sunday, March 4, 2012

Selamat Kembali dan Semoga Berjaya


Assalamualaikum semua,

Dalam entry ini ada dua perkara yang ingin saya ucapkan buat oratorians semua. Yang pertama adalah ucapan selamat kembali ke bumi Universiti Sultan Zainal Abidin buat pelajar Ijazah dan kedua adalah ucapan semoga berjaya buat pelajar Diploma dalam menduduki peperiksaan akhir semester yang bakal tiba nanti.

Selaku Ketua Unit Kelab Orator Bahasa Melayu, saya harapkan semoga anda semua Oratorians berjaya dalam setiap apa yang anda lakukan asalkan ianya tidak melanggar syariat dan batasan dalam agama kita.

Sekadar ini sahaja yang ingin saya coretkan di sini. Akhir kalam, kepada pelajar diploma. Semoga berjaya dalam peperiksaan anda! Lakukan yang terbaik. Kami di sini sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. 

-SEKIAN-

-Ketua Unit KOUBM-